Orang Kurang
Upaya (OKU)
Orang kurang
upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi
membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya sepeti
·
Kecacatan perkembangan
·
Cacat anggota
·
Cact penglihatan
·
Cacat pendengaran
·
Cacat pembelajaran
·
Autisme
·
Bisu dan seumpamanya
Mereka
memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari.
Misalnya, orang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dab menulis
Braille sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau
mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang yang cacat
pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh
menggunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jesteru beberapa bentuk
keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan orang kurang
upaya (OKU) di negara kita seperti berikut:
1) Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah
ditubuhkan bagi menggelakan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya.
Jabatan dan NGO bersama-sama menganjur dan mengelakkan orang kurang upaya di
dalam berbagai-bagai bidang sukan dan ridah. Kejohanan Sukan Paralympik
Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim
insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk
kewangan kepada pemenang atlit-atlit di KEjohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa
disediakan.
2) Kegiatan kesenian dan
kebudayaan
Untuk menggalakkan orang kurang upaya
menyertai brebagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan
Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi
memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.
3) Kemudahan pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah
Jabatan Pendidikan Khas menyadiakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat penglihatan, pendegaran dan bermasalah pembelajaran.
Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program
intergrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran
kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan
kemahiran di intitusi-intitusi pengajian di bawah kelolaan Kemnterian
Pendidikan. Bagi Pelajar yang Berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan
sebanyak RM300.00 sebulan.
4) Kemudahan mengakses ke
banguana awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan
untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam dan luar
bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada undang-undang kecil bangunan
seragam 1984. Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil
inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakan berbagai kemudahan diwujudkan
bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada
pencapaian ini ialah penubuhan Jawtankuasa Teknikal yang urusetianya ialah
SIRIM yang telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan
Awam” yang mana telah menghasilkan pindaaan Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang
upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang
kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings” laluan yang berseuaian
dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yangn sesuai, tempat letak
kereta, tandas khas dan sebagainya.
5)Kemudahan dan galakan
pelepasan cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan
cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan yang mengambil pekerja
kurang upaya. Dalam tahun 1991, Kerajaan telah menambahkan lagi pelepasan
pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur
18 tahun. Kerajaan juga memberi rebet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli
alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang
upaya. Sebagai galakkan berterusan untuk menjaga orang kurang uapaya dan
sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri Rm5,000 dan potongan untuk
isteri RM3,000. Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000
diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2500 lagi kepada
pasangan yang kurang uapaya mulai tahun 1995.
6)Kemudahan pengangkutan awam
Jabatan sentiasa menggalakkan
syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang
kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengagkutan telah
memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem
Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam
negeri, keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua
perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50%
daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada
golongan kurang upaya.
7)Pengecualian bayaran rawatan
perubatan
ORANG KURANG UPAYA dikecualikan
daripada membuat bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad
kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
8) Jabatan Imigresen mengecualikan
bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan
(passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
9)Kemudahan peluang pekerjaan
Komitmen Kerajaan untuk membuka
peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 10/1988 yand telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang
pekerjaan di sketor awam diperuntukan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi
Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta
telah ditubuhkan dalam tahun 1990. Di bawah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia
telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang
merupakan satu garis panduan kepada agensi kerjaan, majikan, pertubuhan
majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orangkurang upaya serta orang
kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya
bekerja di sektro swasta. Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat
pendaftaran di mana-mana pejabat buruh negeri dan daerah.
10.Kemudahan membeli kereta dan
motorsikal nasional
Kerajaan memberipengecualian
cukai jalan sebanyak 50% ke atas
pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang
berkeupayaan memandu dan tidak
berkupayaan memandu.Bagi golonganorang kurang upaya yang tidak
berkeupayaan memandu,mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat
pihak kedua (ibu/bapa) boleh memandu bagi pihak mereka.
11.Kemudahan alat ganti orang kurang
upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti
import dan cukai jualan ke atas semua
peralatan yang direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
12.Pencen terbitan
Kerajaan melalui jabatan Perkhidmatan
Awam(JPA) menyediakan pencen terbitan kepada anak/ tanggungan penjawat awam
yang meninggal dunia.
13.Kemudahan mendapat latihan dan
pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan
program latihan kemahiran dan pemulihan diri Institusi-institusi Jabatan.Buat
masa ini perkhidmatan yang disediakan
oleh Jabatan hanya kepada kanak-kanak kategori kurang upaya anggota dan akal
(bermasalah pembelajaran) sahaja.
14.Kemudahan geran pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga
membantu gologan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin
menjalankanperniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran
berkadar maksimum RM2000.
15.Sumbangan program-program khusus
kepada oku
Jabatan menggalakan penyertaan aktif
dan sumbangan daripada sector swasta/korporat untuk memainkan peranan yang
lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat
kerajaan untuk menuju ke arah
masyarakat penyayang menghadapi wawasan
2020 dan menepati Dasar Kebajikan Negara.
16.Kemudahan telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah
menyediakan insentif / kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti
berikut:
• Bayaran sewa bulanan dikecualikan kepada golongan
kurang upaya.
• Panggilan
103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj.
• Menyediakan
panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur
19tahun dan keatas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi
mereka berumur 18tahun dank e bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi
pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak
STMB.
17.Kemudahan takaful dan insuran
Menyediakan Takaful dan Insuran
(perlindungan) bagi OKU yang merangkumi perlindungan bagi:
• Kemalangan;
• Kematian
– urusan pengkebumian;
• Keilatan
kekal(kurang upaya/disability)akibat penyakit;
• Keilatan
kekal akibat kemalangan;
• Perbelanjaan
perubatan kecederaan akibat kemalangan