Wednesday, 16 September 2015

Orang Kurang Upaya (OKU)
Orang kurang upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya sepeti
·       Kecacatan perkembangan
·       Cacat anggota
·       Cact penglihatan
·       Cacat pendengaran
·       Cacat pembelajaran
·       Autisme
·       Bisu dan seumpamanya
Mereka memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Misalnya, orang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dab menulis Braille sebelum mereka boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Jesteru beberapa bentuk keistimewaan dan kemudahan yang khas diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) di negara kita seperti berikut:
    1)   Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggelakan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGO bersama-sama menganjur dan mengelakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan ridah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di KEjohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.

   2)   Kegiatan kesenian dan kebudayaan
Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai brebagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.
   3)   Kemudahan pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyadiakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat  penglihatan, pendegaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program intergrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di intitusi-intitusi pengajian di bawah kelolaan Kemnterian Pendidikan. Bagi Pelajar yang Berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.
   4)   Kemudahan mengakses ke banguana awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada undang-undang kecil bangunan seragam 1984. Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawtankuasa Teknikal yang urusetianya ialah SIRIM yang telah merangka “Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings” laluan yang berseuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yangn sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

        5)Kemudahan dan galakan pelepasan cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan yang mengambil pekerja kurang upaya. Dalam tahun 1991, Kerajaan telah menambahkan lagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi rebet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya. Sebagai galakkan berterusan untuk menjaga orang kurang uapaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri Rm5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000. Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2500 lagi kepada pasangan yang kurang uapaya mulai tahun 1995.

6)Kemudahan pengangkutan awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengagkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

7)Pengecualian bayaran rawatan perubatan
ORANG KURANG UPAYA dikecualikan daripada membuat bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

8) Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

9)Kemudahan peluang pekerjaan
Komitmen Kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yand telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sketor awam diperuntukan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990. Di bawah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan satu garis panduan kepada agensi kerjaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orangkurang upaya serta orang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektro swasta. Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh negeri dan daerah.
10.Kemudahan membeli kereta dan motorsikal nasional
Kerajaan memberipengecualian cukai  jalan sebanyak 50% ke atas pembelian  kereta atau motorsikal  nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak  berkupayaan memandu.Bagi golonganorang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu,mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat pihak kedua (ibu/bapa) boleh memandu bagi pihak mereka.

11.Kemudahan alat ganti orang kurang upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti import dan cukai  jualan ke atas semua peralatan yang direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

12.Pencen terbitan
Kerajaan melalui jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) menyediakan pencen terbitan kepada anak/ tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

13.Kemudahan mendapat latihan dan pemulihan
Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri Institusi-institusi Jabatan.Buat masa ini  perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan hanya kepada kanak-kanak kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah  pembelajaran) sahaja.

 14.Kemudahan geran pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu gologan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankanperniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2000.

15.Sumbangan program-program khusus kepada oku
Jabatan menggalakan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sector swasta/korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat kerajaan untuk  menuju ke arah masyarakat  penyayang menghadapi wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Negara.

16.Kemudahan telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif / kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:
•  Bayaran  sewa bulanan dikecualikan kepada golongan kurang upaya.
•  Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj.
•  Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.

Bagi orang kurang upaya berumur 19tahun dan keatas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18tahun dank e bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

17.Kemudahan takaful dan insuran
Menyediakan Takaful dan Insuran (perlindungan) bagi OKU yang merangkumi perlindungan bagi:
•  Kemalangan;
•  Kematian – urusan pengkebumian;
•  Keilatan kekal(kurang upaya/disability)akibat penyakit;
•  Keilatan kekal akibat kemalangan;

•  Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan

No comments:

Post a Comment