c) Peranan individu Dalam Keluarga
Antara peranan individu dalam keluarga ialah:
1)Memberikan Kasih sayang
Kasih sayang memberi
pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu cetusan
emosi terhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan Susana, sikap dan harapan
seseorang atau sesatu yang lain. Cara menujukkan kasih sayang antaranya ialah
dengan melalui perlaksanaan tanggungjawab. Jangan menyumbunyikan perasaan cinta
dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah disokong melalui sentuhan, belaian
dan pemahaman yang ikhlas.
2)Mengambil
berat kebajikan isteri/suami anak-anak
Berusaha
mengulang masa bersama supaya dapat memahami masalah dan kemahuan keluarga dan
cuba mengatasinya. Mengetahui keperluan dan kehendaki isteri, suami dan
anak-anak serta cuba memenuhi berdasarkan keupayaan dan kemampuan.
3)Mengingati
tarikh-tarikh penting dalam keluarga
Berusaha
mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun
perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
4)Membeli
keperluan bersama-sama
Ahli keluarga
mesti membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan kerja.
Ini juga tidak akan menyusahkan seseorag individu sahaja.
5)Saling
bantu–membantu
Ahli keluarga
perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan,
mencuci pinggagn mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan
kemesraan dalam keluarga.
6)Menyediakan
tempat tinggal dan pakaian
Semasa
perayaan, seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga
menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dan membentuk susana yang
ceria.
7)Sentiasa
membimbing anak-anak
Sentiasa
membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tetang pelajaran
anak-anak dan menyamuk buku latihan pelajaran anak-anak.
8)Memberi
motivasi kepada anak-anak
Menunjukkan
rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian
dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan
anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan
mencapai kejayaan.
9)Memberikan
contoh teladan yang baik
Perlu ada
model yang boleh dijadikan cotoh untuk diteladani oleh anak-anak dan model yang
terbaik ialah ibubapa itu sendiri.
10)Menghormati
orang yang lebih tua
Berbicara dengan sopan dan
lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri, suara dan pandangan mata sewaktu
berbicara. Meminta izin sebelum melakukan sesuatu seperti sewaktu hendak keluar
rumah. Berusaha memenuhi permintaan orang tua mengikut kemampuan diri dan tidak
menyinggung perasaan mereka.
No comments:
Post a Comment