Monday, 14 September 2015

Peranan Individu Terhadap Negara
Mendaulkatkan negara, bangsa dan agama menjadi tangguingjawab utama kepada setiap insan. Oleh itu beberapa ciri perlu wujud kepada diri setiap individu yang bergelar warganegara iaitu:
    1.   Hormat kepada raja dan negara
·       Menghormati raja berperlembangaan dan lambing-lambing              kebesaran negara.Berusaha mengetahui dan mengenal nama-           nama pemerintah dan menghormati mereka.Peka terhadap               perkembangan pembangunan dan pentadbiran Negara.Menhargai      jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh pemimpin dan                  memberi sokongan yang padu kepada mereka.

   2.   Hormat kepada hak asasi
·       Menyedari dan mengambil berat tentang hak-hak individu                sebagaimana yang terkandung dalam perlambaan Malaysia.
·       Berhati-hati dan berwaspada dalam pertuturan dan perlakuan            supaya tidak menyinggung perasaan.
·       Mengambil kira semua pihak.
    3.   Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
·       Perlu menyedari isu-isu berkaitan agama dan kebudayaan.
·       Tidak menghina dan menganggu adat, kepercayaan, keagamaan     dan adat resam orang lain.
·       Bertolak ansur dan memahami adat dan kebudayaan untuk              mengelakkan pertelingkahan.
    4.   Semangat cinta kepada Negara
·       Menjadi warga Negara bertanggungjawab dengan mendukung        prinsip-prinsip rukunegara.
·       Bersedia berkorban dan memberikan sumbangan kepada Negara.
·       Cinta kepada keamanan dan keharmonian
     5.   Semangat persaudaraan
·       Mewujudkan perhubungan yang erat sesama anggota masyarakat.
·       Tidak mengamalkan sikap perkauman dan diskriminasi Antara        kaum.
·       Menganggap anggota masyarakat sebagai saudara.
     6.   Tanggungjawab bersama
·       Menjaga hak dan kepentingan sendiri serta tidak mengaggu orang    lain.Sentiasa menghargai, menyokong dan melibatkan diri dalam    sesuatu hal dengan harapan dapat memberikan manfaat untuk          kepentingan bersama.
     7.   Toleransi
·       Mengamalkan sikap sabar, tenang dan tidak terburu-buru apabila    menghadapi sesuatu situasi.
·       Tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh dengan tujuan        menjaga keharmonian.
·       Sanggup bertolak ansur dan sentiasa menghormati pendapat dan      kepercayaan orang lain.
    8.   Perpaduan
·       Menyedari pentingnya amalan nilai perpaduan dan berusaha            mewujudkan perasaan kekitaan dan persefahaman.
·       Bergaul mesra dengan semua kaum dengan tidak mewujudkan        sikap perkauman.
·       Mementingkan kasih sayang antara keluarga dan masyarakat.
·       Bersatu padu dan sanggup bekerjasama untuk keamanan dan            kemajuan Negara.
     9.   Bermuafakat
·       Bertolak ansur dan mempunyai fikiran terbuka dalam sebarang        aktiviti, mesyuarat, dan kegiatan yang membabitkan kumpulan.
·       Berkerjasama dan mendapatkan persetujuan bersama mengenai        sesuatu perkara.
·       Mempunyai rasa tanggungjawab dalam masyarakat dan Negara.
     10.   Peka Terhadap Isu-Isu Moral
·        Bermaksud sentiasa menyedari, mengambil berat dan berusaha         mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah demi kebaikan         bersama.
·       Memberi sumbangan dalam menyelesaikan masalah yang wujud      dalam masyarakat.
·       Menyedari tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

·       Mementingkan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat tanpa      mengira kaum, agama, keturunan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment