Jiran tetangga
Kejiranan
didefinisikan sebagai hubungan erat di kalanagan masyarakat yang hidup
berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan berkerjasama dengan jiran
tetangga. Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Masyarakat yang menagamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan Susana harmoni
dan aman sesame mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha
membangun dan memajukan negara baik ketika senang mahupun susah. Jesteru
peranan setiap individu terhadap jiran adalah berdasarkan kepada hal-hal yang
berikut:
1)Menghulurkan
bantuan khususnya ketika kecemasan
Jiran adalah
orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara ke atas
diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui
dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat
untuk meminta pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti
kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti inilah yang
amat diperlukan pada masa kecemasan semantara menggu banatuan pihak-pihak
berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila
kita sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk
membantu jiran pada masa yang diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya
tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun, apatah lagi jiran yang terdekat. Samakin
kerap kita menolong jiran, semakin kuat ikatan kejiranan kita.
2) Menjaga
keharmonian masyarakat
Segala perkara
yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan
semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejalah-gejalah sosial
seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia,
bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari
berlaku perkara-perakara ganjil dan menragukan. Pepatah “jangan jaga tepi kain
i” perlu diubah untuk memastikan keharmonian masyarakat kita, memandangkan
pelbagai isu social yang wujud pada hari ini.
3)Menjaga
Kebajikan penduduk setempat
Jiran yang
hidup dalam Suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat
setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan
jawatankuasa pembanguanan insan remaja. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun
bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan
program jati diri. Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan
persepakatan yang menatap sesama jiran.
4)Semangat
Intergasi nasional
Perpaduan
antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bagi
memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ianya perlu dimulai dengan
hubungan baik sesame jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang Berjaya memupuk
semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian pendapatan antara
mereka.
5)Amalan
bertegur sapa
Amalan
bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang
erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta
anak-anak jiran dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan
berkongsi pengalaman sesama jiran. Amalan bertgur sapa perlu dilakukan oleh
setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesame
jiran.
6)Budaya
kunjung mengunjung
Meluangkan
masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi
semangat hidup berjiran. Kita akan lebih panjang dan suasana rumah yang lebih
tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan buka jiran secara
lebih dekat
No comments:
Post a Comment