Warga
Emas
Dalam mana-mana komposis penduduk, satu daripada komponennya ialah warga tua. Lazimnya, warga tua dianggap sebagai individu yang berumur 55 tahun ke atas. Jesteru, peranan individu terhadap golongan ‘Warga Emas’ adalah berbeza-beza oleh setiap pihak sebagaimana yang berikut:
1)Peranan
kanak-kanak terhadap warga emas
Kanak-kanak
haruslah di didik dari awal tentang kasih sayang dan penghormatan yang
semestinya diberikan kepada ibubapa yang telah tua. Golongan muda hendaklah
juga menyedari tentangf tanggungjawab mereka kepada golongan ini. Dengan adanya
kesedaran ini, golongan muda tidak akan cuba lari dari tanggungjwab tersebut
dan ‘Rumah Warga Tua’ tidak akan mengalamikesesakan. Selain daripada kasih
sayang dan perhatian yang ditunjukan oleh ahli keluarga, penghormatan terhadap
warga tua hendaklah ditunjukkan juga oleh majikan dan agensi-agensi berkenaan.
2)
Peranan kerajaan terhadap warga emas
Sejajar
dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, pihak majikan dan
agensi-agensi berkenaan telah diseru agar mengatur program untuk memenuhi
objektif tersebut. Pelbagai program dapat dilaksanakan di Rumah Warga Tua,
antaranya seperti mengadakan Hari Warga Tua, pertunjukan pentas dan program
lawatan berterusan oleh ahli-ahli sukarelawan dari Politeknik, Kloej,
Universiti dan Institusi lain. Program seperti ini akan dapat menjolkan bahawa
warga tua masihn diganti, dihormati dan disayangi.
3)
Peranan NGO dan badan swasta terhdap warga emas
Pelbagai
badan kebajikan dan NGO telah mengatru langkah mengenag budi warga tua. Sebagai
contoh, pesara biasanya dengan suatu majlis yang menonjolkan sumbangan mereka.
Selain itu, cenderamata khas turut disampaikan. Terhadap juga pesara yang
diberi sijil dan pingat cemerlang untu memperingati jasa dan khidmat baiknya.
Sesetengah badan swasta juga menwarkan tambang istimewa untuk warga tua,
seperti syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang hanya mengenakan
tambang separuh harga untuk warga tua. Begitu juga syarikat bas dan keretapi
yang turut berbuat demikian. Keistimewaan sepreti ini akan menujukkan kepada
warga tua bahawa mereka itu penting dan seharunya dilayan dengan istimewa.
No comments:
Post a Comment